Followers

Jom Borak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Thursday, January 9, 2014

Maksud Label Yang Dilekat Pada Buah-Buahan


Perasan tak, setiap buah-buahan yang kita beli di pasaraya mempunyai label pelekat yang tertera empat atau lima nombor padanya.
Selain buah-buahan, label sama turut terdapat pada sayur-sayuran dan kekacang.
Satu yang harus anda tahu, setiap label itu mempunyai makna tertentu yang boleh membantu jika anda mementingkan kesihatan.
Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubahsuai genetik.
Berikut adalah maksud asas label tersebut:
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.
Selamat membelek pelekat! - REM RAMZI (http://mynewshub.my/2014/01/09/maksud-label-yang-dilekat-pada-buah-buahan/#.Us5Cl9L7LIc)

Monday, January 6, 2014

Rambut baru Shifa & review restoran upin ipin jb

AS-salam

Pertama kalinya Shifa potong rambut kat kedai
Masa kat kedai tak dpt nak snap-snap sebab Shifa takut
Nak kena pegang dia...
Potong stail amoi
Senang pagi2 tak payah nak tunggu rambut kering
Tak payah nak ikat
Celebrate birthday papa kat restoran upin ipin... Cian papa ngalah ngan anak Yer

Tengah nyanyi lagi sarjan Husin 

Nampak macam tembam sikit
Nak review sikit pasal restoran upin ipin ni
Pertama dan terakhirlah pergi situ
Sebab harga sangat mahal compare restoran upin ipin shah alam
Kat shah alam RM8.50 boleh dpt set nasi ayam dgn air
Nasi ayam peha tau.. Kat sini nasi ayam sahajalah RM10 lebih
Service pon not Good, Mintak nasi ayam peha tak dapat tapi kat bil tulis peha
Nasi ayam sejuk + masin dahlah tunggu lama.. Sup pon sejuk
Tempat memang cantik la..bangunan baru kan
Dah ADA aircond pastu ADA kipas lagi.. Mmg sejuk la
Makan nasi ayam KFC lagi sedap.. Murah pon murah
Tak pon makan nasi ayam hainan kat larkin central
Esoknya bawak Shifa makan nasi ayam hainan larkin central
Habis 1set nasi ayam hainan tu tuk dia sahaja
Biasa Shifa akan makan Ayamnya sikit jer tp semalam habis.. Tinggal tulang :)

Monday, August 27, 2012

Rita Rudaini : Wanita berusia 36 tahun ini kental menepis duri kontroversi


EH 0135 739x1024 Rita RudainiLONTARKANLAH SEGALA TELAHAN ATAU SPEKULASI TENTANG KISAH PERIBADINYA, WANITA BERUSIA 36 TAHUN INI KENTAL MENEPIS DURI KONTROVERSI

Mula terjun ke gelanggang lakonan menerusi Dulang Wan Chu, Rita terus menjadi pilihan pengarah dan penerbit drama. Barisan produk lakonannya cukup panjang, tidak mungkin bisa ditulis di sini, dan mungkin Rita sendiri tidak dapat mengingatnya satu persatu. Namun dalam banyak-banyak lakonannya itu, yang terkesan di hati adalah wataknya di dalam telefilem Tiupan Sangkakala. Bukan sahaja kerana watak yang digalasnya cukup berbeza, malah dia diberi peluang bergandingan dengan aktor pujaannya sendiri, Eman Manan.

 

Semua sedia maklum tentang krisis rumah tangga yang dialami Rita dan suaminya Aidil Zafuan. Sejak awal berkahwin hingga dikurniakan dua cahaya mata (Airit Rayyan Rizqin, 3 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun) ada sahaja angin yang membawa khabar yang tidak enak didengar. Dan sehingga artikel ini ditulis hubungan Rita dan Aidil bagai meniti di atas tali, andai tersilap langkah tersadung jatuh, andai bisa sampai ke hujung, laluannya belum tentu mudah.

 

Jelas Rita dia tidak mahu terlalu memikirkan dugaan rumah tangga yang dihadapinya. Dia perlu mencari dan kumpulkan kekuatan untuk mengharungi hidup demi anak-anak. Jelas Rita dia reda dengan ketentuan Tuhan, dan tidak sesekali dia berasakan terbeban. Pada Tuhan dia bersyukur kerana dugaan yang diberikan ini diiring sama kekuatan.

 

 

 

 

 

"SebaEH 0095 552x1024 Rita Rudainigai pelakon kita mencari kepuasan. Dan saya nikmati kepuasan itu menerusi drama, kerana pada pengamatan saya jalan ceritanya lebih menarik. Malah penonton lebih terkesan dengan drama berbanding filem."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

EH 2101 229x300 Rita Rudaini

 

 

 

 

 

"Orang yang melihat tertanya-tanya, tidakkah saya berasa penat dan terbeban naik turun mahkamah. Kata mereka 'alahai susahnya'. Tapi saya laluinya dengan tenang."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 "Saya tak berani untuk katakan apa-apa. Saya serahkan semuanya pada jodoh. Andai saya kata ingin terus bersama tetapi Tuhan tentukan jodoh tak panjang, apa yang boleh dibuat. Cuma saya pohon apa sahaja keputusan yang diputuskan nanti baik untuk semua."

 

EH 01951 Rita Rudaini