Followers

Jom Borak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Thursday, January 9, 2014

Maksud Label Yang Dilekat Pada Buah-Buahan


Perasan tak, setiap buah-buahan yang kita beli di pasaraya mempunyai label pelekat yang tertera empat atau lima nombor padanya.
Selain buah-buahan, label sama turut terdapat pada sayur-sayuran dan kekacang.
Satu yang harus anda tahu, setiap label itu mempunyai makna tertentu yang boleh membantu jika anda mementingkan kesihatan.
Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubahsuai genetik.
Berikut adalah maksud asas label tersebut:
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.
Selamat membelek pelekat! - REM RAMZI (http://mynewshub.my/2014/01/09/maksud-label-yang-dilekat-pada-buah-buahan/#.Us5Cl9L7LIc)

Monday, January 6, 2014

Rambut baru Shifa & review restoran upin ipin jb

AS-salam

Pertama kalinya Shifa potong rambut kat kedai
Masa kat kedai tak dpt nak snap-snap sebab Shifa takut
Nak kena pegang dia...
Potong stail amoi
Senang pagi2 tak payah nak tunggu rambut kering
Tak payah nak ikat
Celebrate birthday papa kat restoran upin ipin... Cian papa ngalah ngan anak Yer

Tengah nyanyi lagi sarjan Husin 

Nampak macam tembam sikit
Nak review sikit pasal restoran upin ipin ni
Pertama dan terakhirlah pergi situ
Sebab harga sangat mahal compare restoran upin ipin shah alam
Kat shah alam RM8.50 boleh dpt set nasi ayam dgn air
Nasi ayam peha tau.. Kat sini nasi ayam sahajalah RM10 lebih
Service pon not Good, Mintak nasi ayam peha tak dapat tapi kat bil tulis peha
Nasi ayam sejuk + masin dahlah tunggu lama.. Sup pon sejuk
Tempat memang cantik la..bangunan baru kan
Dah ADA aircond pastu ADA kipas lagi.. Mmg sejuk la
Makan nasi ayam KFC lagi sedap.. Murah pon murah
Tak pon makan nasi ayam hainan kat larkin central
Esoknya bawak Shifa makan nasi ayam hainan larkin central
Habis 1set nasi ayam hainan tu tuk dia sahaja
Biasa Shifa akan makan Ayamnya sikit jer tp semalam habis.. Tinggal tulang :)